Selamat Datang Ke Blog Pen Tom
 photo Untitledvhvtrh_zps678c40c6.png  photo sdjnfhe_zps6bb622fe.png  photo Untitledgctrgtgc_zps54f5e012.png

Tuesday, 3 June 2014

Widget untuk Mencantikkan Blog Anda

Ok entry kali ni sesuai untuk newbies (macam aku) untuk mencantikkan lagi blog korang. Widget ni amat laa berguna supaya blog korang nampak cantik dan comel dan da BOOM gituu.. saya just listkan widget yang korang boleh guna..so terserah korang laa widget mane yang menarik perhatian korang.. ;)

Senarai Widget Blog:

Rating - http://www.blogorator.com


Form ke Email -
http://www.emailmeform.com

Chatbox -
http://www.cbox.ws

Shoutmix - http://www.shoutmix.com

Favicon -
http://www.deviantart.com

Feedjit - http://feedjit.com


Flag Counter - http://s03.flagcounter.com

Jam dan Tarikh - http://www.widgetbox.com


LinkWithin – http://www.linkwithin.com


Map - http://www.feedmap.net


Mybloglog -
http://pub.mybloglog.com

Free Domain -
http://www.zonestraits.com

Jumlah Visitor - http://www.amazingcounter.com
  (Jumlah pelawat yang dah melawat blog kita)


Waktu Solat - http://www.waktusolat.net

Online User - http://www.widgeo.net (Nak tengok berapa orang tengah online kat blog kita)
Iklan Nuffnang - http://www.nuffnang.com.my (Boleh buat duit dengan menulis blog)

Iklan Advertlerts: http://www.advertlerts.com (Boleh buat duit dengan menulis blog)

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/02/widget-untuk-mencantikkan-blog.html#ixzz33Xj5L2Tx

Selamat Mencuba~

Tutorial : Cara nak disable right-click pada blog

Assalamualaikum

Ok laa.. Hari ni saya nak share cara nak disable right-click pada blog korang.. ade yang tanye ape tu right-click? Ok right-click tuu macam korang click kanan pada tetikus korang tuu.. paham? right-click ni slalunya orang guna untuk copy something laa kan.. haa so hari ni saya nak ajar macam mana nk halang orang copy entry kita tuu..

Baca ni betul-betul.. 

 
1. Dashboard > Design/Layout > Add A Gadget > HTML/JAVA SCRIPT.
2. Copy code di bawah dan paste di kotak HTML/JAVA SCRIPT korang.
<script language=JavaScript>
<!--
//Disable right click script III- By Renigade (renigade@mediaone.net)
//For full source code, visit http://www.dauspozi.com
var message="";
///////////////////////////////////
function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}}
function clickNS(e) {if
(document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) {
if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}}
if (document.layers)
{document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;}
else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;}
document.oncontextmenu=new Function("return false")
// -->
</script>

3. Save dan lihat hasilnya.

Selamat Mencuba Semuaa~ :D

Monday, 28 April 2014

Tabika Kemas Raudah

Okay hari nii cuaca agak okay laa kan.. kejap panas kejap mendung.. lagi bagus kalau hujan.. haa... kan nikmat yang Allah bagi tuu.. Hari ni aku nak share laa sikit citer aku pasal gi kat tabika hari tuu.. praktikal kecil-kecilan katakan.. (kau ada? -.- ) nama tabika yang aku kena ni Tabika Kemas Raudah, kg. lating Mulong. Opkos laa KB,Kelantan kan.. xkan aku nk menjelajah ke negeri orang.. 4 hari je kot tempoh yang diberi.. Kat sana bebudak memang nakal tahap lipas.. kau tahu lipas?? Lipas tuuu kan degil.. kau suh dia jangan terbang,dia terbang jugak.. (kay lawak bodoh) Kat tabika tuu ade laa 3 orang murid nii yang tersangat laa degil.. namanye Aiman, Udin ngn Aniq.. perghhh.. memang pengalaman mematangkan kita.. haaa.. memang susah giler arr nak kawal budak 3 orang nii.. degil yang teramat sangat.. time orang belajar,dia gi main.. pastu mula laa ganggu rakan-rakan yang lain.. ayooooo.. tapi not bad laa kan.. best jugak laa gi sana.. tiap2 hari dpt makan free.. hahak.. mknan pulak best giler.. jimat duit aku.. hahaha.. budak-budak pun ok jerr cume nakal laa sikit kan.. aku ngn cikgu dia sampai penat.. boleh pulak dorang gi berlari sekeliling kawasan tabika.. penat woo nk kejar.. kalau aku ada kuasa best laa jugak kan.. hurmm.. next time aku update gmbar kat tabika tuu..

Rindu bebudak tuuu.. hurmmm..

tu je laa citer aku hari nii.. sebenarnya aku curi waktu kelas ict nii.. lecturer lambat kan.. jadi update laa blog jap.. hahahaha.. so,contohilah aku..

Tuesday, 22 April 2014

OMG! Micro-Teaching

Dah berminggu-minggu gak laa aku x update blog  nii.. hahaha.. almaklum laa skrg ni busy sikit.. nk hampir final sem kann.. byk assignment nk kena hantar.. final exam pun cominh soon lorr.. okay post aku hari nii bertujuan nk luahkan perasaan je.. hahaha.. aku tgh pening nii.. nk buat tajuk ape utk micro-teaching aku.. hurmm.. nk ajar ape kat bebudak tadika.. haiyooo.. nk lain dari yg lain.. dah byk survey kat internet tapi yang asas je ade.. hurmm.. payahhh..

Wednesday, 19 March 2014

Kek Coklat + KitKat

Okay Assalamualaikum.. kayy hari ni aku rajin jee nak promote mak aku punye kek.. hahaha.. so sape2 yg nak try kek mak aku tuu blh laa tempah.. Pape hal blh laa contact fb aku tuu ye.. dah tertera kat tepi tuu ha.. tapi utk area Kota Bharu,Kelantan laa ye.. lau jejauh susah kome nak mai ambik kat rumah aku nnti.. hahak.. First kek yang aku nk promote ialah kek coklat + kitkat.. Ni kawan adik aku punye keja laa suh tambah kitkat sbgai hiasan.. harga kompem laa mahal sikit kan sbb kitkat tuu mahal.. nak memurah korang buat sendiri.. lagi bagus xD..

Ni laa rupa kek nya.. kek tu mak aku yang buat.. hiasan tuu opkos laa aku.. (Bangga sikit xD)








Ni yang 1/2 kilo punye kek.. harganya x laa mahal sgt tp bg yg kedekut  mesti cakap mahal kan.. mana x mahal nye.. kitkat tuuu.. hahaha.. Harganya RM45..

Note : pape hal blh contact aku kay.. sekian..

Sunday, 16 March 2014

Our Memory

Tetibe teringat zaman sekolah dulu.. hahaha.. al-maklum laa skrg ni dah berada di kolej.. In Sya Allah lepas nii masuk U.. lepas tuu kawin arr.. hahaha.. Seriously rindu sekolah (Sebenarnya rindu kawan2 kat sekolah je).. hahak..




Gambar nii diambil masa hari last aku kat form 6.. kuikui.. Rindu Baq Hang.. >.<

Friday, 14 March 2014

Cara Timbang Berat Blog

Okay hari ni aku nak kongsikan cara-cara nak timbang berat blog ni.. korang mesti slalu usha2 tutorial kan? pastu nk jadikan blog korang tuu cantik. tapi berhati-hati! Sbb kalau blog korang berat,nnti loading laa blog korang.. Macam aku punye tp dah ringankan dah. Diet! xD. Ha Click Sini nak timbang berat blog korang.

Credit to : Blog Cik NurFarah

Thursday, 13 March 2014

Maksud Terapi Muzik



Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

 Definisi:                                                          
 Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud ”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.


 “Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).


Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan. Para ulama’ bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19) yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”Menurut al-Ghazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.

 Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."

Imam al-Ghazali berpandangan: “Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan, dan semua gurauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.

Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan orang Eropah di antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The Melodies (Melodi) dan The Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta Melodi). Begitu juga al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori muzik iaitu Great Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.

Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada Islam-Arab, contohnya seperti lute yang berasal daripada al-‘ud, rebec daripada rababah, gitar daripada qitara dan naker daripada naqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).

Sunday, 23 February 2014

Segmen mencari Kawan by El-Arifah

                    

Assalamualaikum dan Selamat Petang bloggers~~~ Okay hari ni aku rajin sangat nk buat entri pasal segmen yang El-Arifah buat tuu.. Mesti korang semua dah tahu kan.. tipu laa kalau tak tahu kan.. So,bloggers lain boleh laa join segmen ni.. Dapat laa tambahkan kenalan.. Senang je caranye ha..


#just buat entry yang bertajuk 'Segmen mencari Kawan by El-Arifah

#Copy paste gambar banner ni kat blog korang

#follow blog El-Arifah (and blog aku jugak....haha)

#Then tinggalkan link entry anda kat ruangan komen blog El Erifah.
 
Caranya tuu aku copy paste dari blog orang jee.. Malas pulak nk taip panjang2.. hikhik.. so,good luck..

Monday, 17 February 2014

ICT

Kayy hari nii belajar buat table untuk kanak-kanak tadika.. hahahaha.. with izzati sengett.. hahakk.. colourful baqhang table kitaorang.. hahahaha.. nanti ade masa aku update laa gambar tuu.. tuu pun kalau ade masa laa.. al maklum laa busy ngan assignment.. tetibe citer psal assingment pulakk.. hahahaha.. STRESSSS.. btw,have a great day with Izzati todayyy.. Harap nye persahabatan kami kekal sampai mati.. aminn.. :D

Saturday, 15 February 2014

Cara Hias Blog 1

Okay sekarang ni kan ramai yang dah mula berjinak-jinak dengan dunia blogger kan? tipu arr kalau korang x pernah ade blog. Okay memandangkan hari ni aku agak bosan,jadi meh laa aku ajar blogger2 baru nii camne korang nk tambahkan jam yang kiut miut kat blog korang.

Mula-mula sekali korang kena ikut semua langkah-langkah nii..
  1. Sila laa klik link yang aku letak ni –> http://www.clocklink.com
  2. Lepas tu kat tepi sebelah kiri tuu kau pilih laa Galery..
  3. Pada menu Gallery tuu korang tengok2 laa dulu model dari jam yang dah ada kat situ, mula dari Analog, Animal, Animation, dll
  4. Jika korang dah jumpa model jam yang korang nak, klik tulisan View HTML tag yang berada di bawah jam yang korang nak tuu.
  5. Klik laa perkataan yang bertulis Accept
  6. Pilih waktu yang sesuai dengan tempat korang duduk tuu,. Kalau kat Malaysia mmg KL je laa yg ada..
  7. Set ukuran jam yang korang suka di samping tuliskan size.
  8. Copy kode HTML yang di berikan pada notepad
  9. Paste kode HTML yang di copy tadi pada tempat yang korang nak.
  10. Selesai 

 kalau korang x paham,roger2 laa kat aku.. nnti aku ajar slow2.. cewahhh.. hahaha.. terima kasih sudi baca.. :D

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sape cakap ambik kos pendidikan awal kanak-kanak ni senang?? hamboii.. cube blajar dluu.. baru tauu.. susah baqhang.. byk teori.. byk kerja kursus.. kena cipta mainan sndiri laa.. grr.. Pecah otak weii.. But mmg happy lau ambik kos ni.. Sbb mesti korang teringat blk masa zaman kecik-kecik korang.. kan?? hahakk.. :D

Saturday, 8 February 2014

Selamat Datang

Assalamualaikum pembuka bicara.. kayy blog yg ntah ke berapa kali.. hahahaha.. xD oppsss..