Selamat Datang Ke Blog Pen Tom
 photo Untitledvhvtrh_zps678c40c6.png  photo sdjnfhe_zps6bb622fe.png  photo Untitledgctrgtgc_zps54f5e012.png

Wednesday, 19 March 2014

Kek Coklat + KitKat

Okay Assalamualaikum.. kayy hari ni aku rajin jee nak promote mak aku punye kek.. hahaha.. so sape2 yg nak try kek mak aku tuu blh laa tempah.. Pape hal blh laa contact fb aku tuu ye.. dah tertera kat tepi tuu ha.. tapi utk area Kota Bharu,Kelantan laa ye.. lau jejauh susah kome nak mai ambik kat rumah aku nnti.. hahak.. First kek yang aku nk promote ialah kek coklat + kitkat.. Ni kawan adik aku punye keja laa suh tambah kitkat sbgai hiasan.. harga kompem laa mahal sikit kan sbb kitkat tuu mahal.. nak memurah korang buat sendiri.. lagi bagus xD..

Ni laa rupa kek nya.. kek tu mak aku yang buat.. hiasan tuu opkos laa aku.. (Bangga sikit xD)








Ni yang 1/2 kilo punye kek.. harganya x laa mahal sgt tp bg yg kedekut  mesti cakap mahal kan.. mana x mahal nye.. kitkat tuuu.. hahaha.. Harganya RM45..

Note : pape hal blh contact aku kay.. sekian..

Sunday, 16 March 2014

Our Memory

Tetibe teringat zaman sekolah dulu.. hahaha.. al-maklum laa skrg ni dah berada di kolej.. In Sya Allah lepas nii masuk U.. lepas tuu kawin arr.. hahaha.. Seriously rindu sekolah (Sebenarnya rindu kawan2 kat sekolah je).. hahak..




Gambar nii diambil masa hari last aku kat form 6.. kuikui.. Rindu Baq Hang.. >.<

Friday, 14 March 2014

Cara Timbang Berat Blog

Okay hari ni aku nak kongsikan cara-cara nak timbang berat blog ni.. korang mesti slalu usha2 tutorial kan? pastu nk jadikan blog korang tuu cantik. tapi berhati-hati! Sbb kalau blog korang berat,nnti loading laa blog korang.. Macam aku punye tp dah ringankan dah. Diet! xD. Ha Click Sini nak timbang berat blog korang.

Credit to : Blog Cik NurFarah

Thursday, 13 March 2014

Maksud Terapi Muzik



Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

 Definisi:                                                          
 Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud ”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.


 “Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).


Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan. Para ulama’ bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19) yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”Menurut al-Ghazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.

 Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."

Imam al-Ghazali berpandangan: “Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan, dan semua gurauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.

Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan orang Eropah di antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The Melodies (Melodi) dan The Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta Melodi). Begitu juga al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori muzik iaitu Great Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.

Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada Islam-Arab, contohnya seperti lute yang berasal daripada al-‘ud, rebec daripada rababah, gitar daripada qitara dan naker daripada naqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).